Thursday, December 23, 2010

HATI INI MAAFKAN KAMU

marah ku sumpah gila,
tapi sejuk ku datang tiba,
kerana diri ini tidak sempurna,
syaitan selubung diriku,
kelamkan hatiku,
tetapi sinar kemaafan itu hadir,
bila rasional datang menjelma,
tiada hak untukku salahkan kamu,
itu keputusan dirimu,
ku hanya harapkan yang terbaik,
kerana pernah ku kata dahulu,
yang penting bagiku hanya kebahagiaan mu,
api itu kini reda,
telah ku lama bersujud,
lalu Yang Esa beri petunjuk,
api itu kini tiada,
bila rindu itu datang menerpa,
ketawa aku melihat bodohku,
alpa aku kerana amarah,
lalu bangun aku dari selubung ini,
dan ikhlas dari fikiranku berkata,
hati ini maafkan kamu....

No comments:

Post a Comment