Thursday, December 23, 2010

HATI INI MAAFKAN KAMU

marah ku sumpah gila,
tapi sejuk ku datang tiba,
kerana diri ini tidak sempurna,
syaitan selubung diriku,
kelamkan hatiku,
tetapi sinar kemaafan itu hadir,
bila rasional datang menjelma,
tiada hak untukku salahkan kamu,
itu keputusan dirimu,
ku hanya harapkan yang terbaik,
kerana pernah ku kata dahulu,
yang penting bagiku hanya kebahagiaan mu,
api itu kini reda,
telah ku lama bersujud,
lalu Yang Esa beri petunjuk,
api itu kini tiada,
bila rindu itu datang menerpa,
ketawa aku melihat bodohku,
alpa aku kerana amarah,
lalu bangun aku dari selubung ini,
dan ikhlas dari fikiranku berkata,
hati ini maafkan kamu....

Tuesday, December 21, 2010

HEY KAWAN

hey kawan,
aku tak pernah lupa akan kau,
walau sehari,
aku tak dapat bayangkan betapa sempurnanya hidup,
kalau kau masih boleh tertawa hari ini,
walaupun hanya sekejap,
sumpah aku takkan lupa,
bergosip bersama,
baca 'budak getah' bersama,
main PS2 bersama,
bagi ku engkaulah insan terbaik,
kawan yang selalu ada,
kawan yang selalu membina,
kau tegur aku tika aku silap,
kau bimbing aku bila aku jatuh,
kini kau tiada,
aku rindu kau wahai sahabat,
aku rindu kau wahai teman,
impian kita bersama takkan pernah padam,
aku seorang setelah kau pergi,
tiada berteman,
tiada berkawan,
memori indah kita kekal di ingatan,
sampai lanjut akan ku ingatmu kawan,
kau lah teman abadi,
pemergianmu buat ku tidak pernah berhenti bersedih,
hari ini hari lahir kau,
walaupun sudah 4 tahun kau tiada,
hati ku tetap berkata,
kau tetap ada,
selamat hari lahir kawan..kau tetap teman ku,
tunggu aku kawan,
kerana aku rindu kamu....


SELAMAT HARI LAHIR ALLAHYARHAM NIK AZWAN SHAH NIK MOKHTAR

melihat langit

melihat langit,
menunggu kau jatuh,
di atas ribaku,
menjadi penawar,
dukaku...
menatap bulan,
bertanya kenapa,
dia seorang,
tiada berteman,
untuk bual...
jadi aku ingin,
melihat kau,
hadir,
tak ingin aku,
menjadi,
seperti bulan...
kau datang bersama,
cahaya,
terangi gelap,
duka nestapa,
kau bintang,
temani aku,
untuk selamanya,
bersamaku....

jadi aku ingin,
melihat kau,
hadir,
tak ingin aku,
menjadi,
seperti bulan...
kau datang bersama,
cahaya,
terangi gelap,
duka nestapa,
kau bintang,
temani aku,
untuk selamanya,
bersamaku....

YAKIN YANG ULUNG

sampai masa menuju,
melihat ke depan,
sinar menanti penuh harapan,
angan menjadi realiti,
impian berubah baru,
yakin dengan amal,
ceria mendatang di kalbu,
hijau hati melihat langit,
walau kelabu datang pasti akan mungkir,
depan aku tuju,
belakang takkan ku lihat,
malam yang sejuk walaupun datang tanpa henti,
teguh diriku dilontar seribu kali,
haram pasti tidak ku jatuh,
seperti langit tidak berpenghujung,
dilema datang tanpa henti,
tepis aku takkan berhenti,
datang dengan sejuta impian,
kembali dengan sejuta kemenangan,
sinar baru nan menjelma,
diriku baru kan tolak semua bala menimpa,
hidup ku takkan berubah,
asal tumpuan akalku tidak berubah..........

Wednesday, December 8, 2010

detik menunggumu

aku disini,
senantiasa menanti,
kata setujumu,
untuk hidup disini bersamaku,
angin yang datang tanpa sebarang utusan,
buat aku resah dalam tenang,
buat aku sedih dalam gembira,
buat aku diam dalam ketawa,
ibarat diri ini kosong,
melalui lohong dalam duka,
tapi aku tetap disini,
sentiasa berdiri,
menunggu setujumu,
menunggu keputusanmu,
menunggu persetujuanmu,
biarlah hari hari mendatang gelap hitam,
diri ini tanpa cahaya,
tawaku kurang kerana hati menunggu kata,
walaupun apa yang berlaku,
ku tetap disini menunggu mu,
dan
ku tetap disini menunggu kata putusmu....

Sunday, November 28, 2010

Hari Ini Indah

hari ini indah,
lahir dengan perasaan kasih,
niat untuk mencarimu,
terus aktif,
pabila azan sahut menjelma,
diikuti dengan ayam bercakap gembira,
fikiran ku terus terjaga,
neuron di kepala mengimbas mimpi,
lalu bersyukur berdoa,
diberi peluang untuk menyayangi bumi,
untuk sekali lagi,


hari ini indah,
dapat ku temu ayah ibu,
dapat berbakti,
sebelum mereka berlalu,
dapat mencari keberkatan,
dapat menghasilkan ketenangan,
apapun yang ku cari hanya keredhaan,
terima kasih tuhan kerna menghidupkan aku kembali,
kerna esok lusa belum tentu dapat kusentuh cinta bumi ini lagi

Thursday, October 21, 2010

berdiri di atas titian,
melihat seberang tempat ingin dituju,
jauh tapi sinar nya dapat ku sentuh,
indahnya tak dapat diluah,
aku ingin pergi ke sana,
hidup dengan bidadari,
keistimewaan abadi,
kekal hingga akhir,
kaki melangkah selangkah,
teringat kembali kehidupan ku,
dosa ku tabur seperti pasir,
air syaitan ku teguk,
perempuan ramai selalu dipeluk,
tak kira lagi apa yang aku buat di sebalik tirai kamar,
memori lepas menerjah awang pemikiran,
adakah sudah terlambat?
apa akan ku hidup di seberang?
atau jatuh dalam azab yang sangat bahang?
berdiri aku lagi,
takut untuk melangkah,
apakah kesudahan?
sudah ku tahu pasti tak indah.... 

Wednesday, October 20, 2010

Keinginan Hati

ku dengarkan lagu ini,
petikan gitar unik sekali,
untuk kamu yang aku cintai,
bait-bait kata indah,
memberi ketenangan pada jiwaku,
yang sesak dengan gembira,
yang penuh dengan lena,
kerana aku ingin kamu,
permata nilam hatiku,
senyum mu bak mentari,
lesung mu bak salji,
sifatmu sungguh terperi,
sesak hatiku ingin luahkan semua,
agar terurai semua ungkapan,
tersingkap seluruh keinginan,
hanya kamu di hati ku,
tiada yang lain,
hanya kamu,
dirimu,
selalu......

Monday, October 18, 2010

Salam Nukilan Akhir

terdiam tatkala berfikir,
jikalau ini kali terakhir kita bersua,
apa yang ingin ku katakan sebagai bingkisan terakhir,
seribu isi ingin diluah,
ucapan salam terakhir buatmu,
tatkala dunia bergoncang kiamat,
dunia terbelah retak seribu,
mungkin sempat jika ku karang,
tapi sempatkah kau terima?
nukilan ini bisa jadi bukti,
nukilan ini yang sentiasa jadi intipati,
luahan isi hati yang berkubu di hati,
maafku harap kau terima,
pergi sebelum mu tanpa khabar berita,
hiduplah kau di dunia,
seperti angin bertiup kencang takkan berhenti,
bagai air mengalir yang tidak putus mencucuri,
biarpun hidup sekejap rama-rama,
ku pasti pengakhiran kita,
akan kekal selama..
salam terakhir dariku untukmu,
salam sayang tabah kan hatimu,
salam ikhlas dari hati yang mencintaimu..

Saturday, October 16, 2010

Cahaya Yang Hilang


kaki  melangkah,
membawa diri menongkah arus,
ingin membawa dan mencari,
harapan nan musnah,
tidak berpaling,
walau angin menolak sehabis daya,
tidak kebelakang,

walau yang zalim datang menangkas,
terus perjalanan,
menghadapi realiti,
walaupun sakit untuk dijunjung,
tak ku jatuh nan sekali,
kerana harapan bagi masa depan,
dalam pegangan,
tidak boleh terlepas lagi,
sudah cukup meratap,
sudah cukup tangisi,
dan sudah bersedia aku untuk berdiri,
menongkah arus,
akan ku bawa kembali harapan,
lalu ia terangi dengan sinarnya,
akan kehidupan...... 

Friday, October 15, 2010

HARAPAN,IMPIAN DAN ANGAN-ANGAN

HARAPAN,IMPIAN DAN ANGAN-ANGAN

di kala dahulu,
aku melihat air tenang,
aman dihati terus bergenang,
peluk mu tenangi diriku,
panas membara jadi sejuk beku,
kau luahkan kata manis,
aku tersenyum romantis,
tak ingin perasaan ini hilang,
tapi,
berjaga dari mimpi,
semua itu hanya angan imaginasi,
sehingga kini hati ini,
segan dan malu untuk berkata,
melihat wajahmu,
duduk ini penghujung meja,
menelaah buku tekun sahaja,

kaki ingin melangkah mendekati,

beribu angan tersemat di hati,
tapi mustahil untuk bicara,
bila dunia tidak menerima,
pergi aku dari indah perasaan,
terima hakikat hakiki,

yang mungkin bahagia mu bukan dengan ku,
sudah tertulis takdir ku takkan merasa cintamu..

AKAN KU CARI GEMILANG ITU

JATUH TERDUDUK DARI LANGIT,
DIBUANG DARI KAYANGAN KEMENANGAN,
HIDUP BUKAN SELALU AKAN DICAHAYA,
KADANG-KADANG GEMILANG ITU AKAN HILANG,
MALAM INI BERSEDIH TANGIS SENDU,
LIHAT HIDUP DITINGGAL GEMILANG,
LIHAT HIDUP DICEMUH GEMILANG,
GEMILANG SALAH PAHAM,
TENTANG KEADAAN KU,
GEMILANG TIDAK SIASAT,
AKAN APA YANG BERLAKU,
JAUH SEKALI UNTUK BERI KU PELUANG,
BAHAS AKAN SESUATU,
TAPI SEDALAM DALAM HATI KEJAM GEMILANG,
MASIH ADA SAYANG MASIH ADA CINTA KAWAN,
AKAN KU CARI LAGI GEMILANG ITU,
AKAN KU GAPAI KEMBALI GEMILANG ITU,
KERNA DUSTA KU JATUH,
KERNA DENGKI AKU BERJAUH,
TAPI AKAN AKU CARI GEMILANG ITU,
SAHABATKU GEMILANG,
AKAN KU CARI KAMU.......

SANG PANORAMA INDAH

SANG PANORAMA INDAH

MIMPI SEMALAM MENGINGATKAN AKU,
TENTANG KEABADIAN KENTAL SANG PANORAMA INDAH,
UMPAMA BINTANG SINAR,
MENERANGI HATI MALAP SUNYI.
TERJAGA KERANA KETANDUSAN HATI,
LELAH AKU UNTUK BERDIRI,
ALGOJO TERUS MENIKAM KALBU,
DIRIKU RAPUH LAGI INGIN JATUH,
KEKUATAN HANYA SETEBAL KETAKUTAN,
TAKUT UNTUK MENJULANG DIRI ,
TAKUT DITINDAS TERUS MATI.
ADAKAH INI SAHAJA KEKUATAN DIRI.
TERUS HANYUT MENUNGGU TAKDIR,
SANG PANORAMA INDAH,
TOLONGLAH…

SAHABATKU

SAHABATKU
TANGISAN KU MERAUNG,
MENATAP AZAB KEHILANGAN, 
SENYUM MU TIDAKKAN SUDAH,
KEKAL DI INGATAN,
WAHAI NIK WAHAI SAHABAT,
KEGEMILANGAN SEMALAM TIDAKKAN KU PADAM,
KASIHMU AKAN KU KENANG,
PERSAHABATAN KITA AKAN KU JUNJUNG,
KERANA AKU RINDU KAMU,
BAWALAH AKU KEPADAMU,
SAHABAT SEJATI,
BAWALAH AKU KEPADAMU,
TEMAN ABADI.     90 SKYWALKER (AMIR)


untuk sahabatku NIK AZWAN SHAH NIK MOKHTAR 
moga kau tenang di sana...