Monday, January 10, 2011

Dia dan Dia

dia dan dia, 
dua hati suka sama suka,
indah tiap pagi,
bila sinar menyala hati, 
dan embun menari menyambut matahari,
hati bagai gelora.
tatkala mata bertembung menyapa,
si dia suka.
dan si dia gembira,
mulus senyuman sebagai hadiah,
tanda sayang itu tidakkan berubah,
oh dia dan dia hanyut,
hanyut dalam kesucian satu perhubungan,
dalam deras,
mata hati mereka bertaut,
sulaman kasih mereka berpaut,
syukur kerana ditemukan,
berjanji tidak mempersiakan,
dan bersumpah kekal walaupun kepatahan,
itu janji yang akan kekal berpanjangan...



No comments:

Post a Comment