Thursday, January 20, 2011

jangan jauh,
ibarat aku tanpa nyawa,
berirama senandung luka,
melihat ia berlalu,
kenangan itu sungguh indah,
rasa mahu ku lontar suara,
sedari dirimu akan aku,
setia,
dari hujung dunia itulah,
berdiri jasad,
berlintang firasat,
berteman semangat,
menemui kamu satu niat,
mencarimu tidak kan jemu sesaat...

Pencarian

Dan bila suara itu datang,
Berpaling aku mencari mana punca,
Setiap ceruk aku cari,
Setiap tempat aku jejaki,
Tetapi tidak ketemu,
Aku bingung,
Suara panggilan itu,
Membuat aku ingin tahu,
Adakah itu panggilan syurga?
Hati masih tanda tanya,
Jika ini saat terakhir,
Selamat tinggal dunia...

Monday, January 10, 2011

Dia dan Dia

dia dan dia, 
dua hati suka sama suka,
indah tiap pagi,
bila sinar menyala hati, 
dan embun menari menyambut matahari,
hati bagai gelora.
tatkala mata bertembung menyapa,
si dia suka.
dan si dia gembira,
mulus senyuman sebagai hadiah,
tanda sayang itu tidakkan berubah,
oh dia dan dia hanyut,
hanyut dalam kesucian satu perhubungan,
dalam deras,
mata hati mereka bertaut,
sulaman kasih mereka berpaut,
syukur kerana ditemukan,
berjanji tidak mempersiakan,
dan bersumpah kekal walaupun kepatahan,
itu janji yang akan kekal berpanjangan...