Thursday, June 9, 2011

HARAPAN SI WAJAH TUA

Penat Si Tua itu jelas kelihatan,
Keringat mengalir deras,
Dari Subuh hingga Asar,
Kakinya tidak berhenti melangkah,
Tujunya kini ke rumah,
Setelah seharian mencari,
Apa yang dikatakan sesuap nasi.


Setiap isi dagingnya mempunyai cerita,
Mempunyai sejarah,
Yang jika diluahkan,
Tidak cukup sebentang lautan.


Langkahnya terhenti,
Matanya bersinar ke langit,
Melihat sayap besi melintas,
Terdetik di hati tanah ini sudah dewasa,
Tetapi didalam kedewasaan itu,
Masih ada kejahilan,
Tetapi dia sudah tekad,
Ini saatnya untuk dia kembali,
Ini saatnya untuk mengundur diri,
Dia meletak harapan itu kepada anak kecil,
Dan berharap anak itu akan mengubah nasib tanah ini


Di hujung jalan ini,
Tujunya telah tiba,
Naik ke rumah lalu dia,
Berdoa agar esok tetap tiba...

Wednesday, May 18, 2011

Suara Hati

bila hati menangis,
tiada yang datang memujuk,
hanya ada suara hati,
yang setia menemani,
esok hari pasti datang,
jangan kau pandang ke belakang,
walau banyak mata membenci,
suara hati takkan hilang,
masa depan kau yang tentukan,
walau dilambung badai,
jangan kau melayang.

suara hati,
akan setia menemani,
dirimu yang sunyi,
ia tidakkan pergi,
setia jadi peneman,
hingga akhir...

dan bila kau temui cinta sejati,
suara hati akan tetap menemani... <3

Sunday, April 17, 2011

Sebak

sebak,
sebak,sebak,
sebak,sebak,sebak,
sebak,sebak,sebak,sebak,
sebak,sebak,sebak,sebak,sebak,
sebak,sebak,sebak,sebak,sebak,sebak,
sebak,sebak,sebak,sebak,sebak,
sebak,sebak,sebak,sebak,
sebak,sebak,sebak,
sebak,sebak,
sebak,

apa yang kau tahu tentang cinta?
adakah kau arif tentang cinta?
pernahkah kau bercinta?
pernahkah kau rasa nikmatnya?
tidak,kau tidak tahu tentang cinta,
tidak,kau tidak arif tentang cinta,
dan tidak bagi semua,
kerana akhirnya aku menjadi mangsa,
penipuan yang paling kejam,
dan terima kasih untuk segalanya...

Saturday, April 2, 2011

tiada tajuk yang sesuai

dan bila hati bicara,
senyap,
papan kekunci ini seperti kosong,
seperti hati ini,
tanpa arah tuju,
jasad ini hanya tinggal jasad,
luka itu walau sudah lama terbuka.
tapi sembuh itu hanya datang mengintai,
lalu ia pergi,
masih lagi parah,
masih lagi mengalir darah,
benci pada diri,
benci pada semua jasad yang memandang,
benci pada perilaku yang sumbang bagaikan haiwan,
tapi mengapa sayang itu tidak hilang?
walaupun pendirian dan maruah diperkosa kejam,
apa yang ada pada kau?
soalan itu masih tiada berjawapan.........

Friday, March 25, 2011

4 tahun

ari ni da genap 4 tahun kau xde.slalu gak ak pikir ape akn jd kt ak skrg kalu ko maseh ade.. mst sumpah best!! kenangan paling aku xley lupe mase kite join tutti fratelli basketball tournament..ak janji kat ko yg pas tournament ni, kite akn maen tournament and1 klang lak..tp xsangke Tutti fratelli ni la tournament kali pertama utk ak n kau n ianya juga adalah kali trakhir..

tp ak brsyukur kerana Tuhan masih lagi beri ak kekuatan utk berdiri..sahabat yg paling akrab..walaupun waktu itu sgt singkat,ak ttp bersyukur krn dberi peluang mengenali kau..hari isnin 26 mac 2007 ak ttp dtg skola..ak pikir ak dpt bertahan..tp lepas tgk kerusi d sebelah aku kosong utk selamanya,ak tros sebak n mengalir airmata..xsangke janji2 kite tggal angan2 kosong semata..

aman lah kau d sana wahai sahabat..tggu ketibaan aku ye kwn..Al-fatihah utk mu NIK AZWAN SHAH
ko kwn ak dunia akhirat....

Tuesday, March 8, 2011

KETENANGAN YANG KU CARI

aku melihat tenang itu dari jauh,
hati ini gundah bersama bawaan lagu tangisan,
dalam dirimu aku cari ketenangan,
putus harapan untuk menjejak realiti,
hanya layanan hati angan sedih yang dapat ku iringkan,
batu besar tekan aku di dada,
setiap langkah sungguh pedih,
perit menjerit mengingatimu,
walau tiada dipandangan,
kehadiranmu dapat ku rasa,
dapat ku hayati,
dapat ku selami,
aku sabar menanti hari gembira,
dan sabar ku masih tebal walau ia tak kunjung tiba,
nasibku sudah tertulis,
masa yang akan menentukan,
dan dari jauh aku melihat tenang,
akan pasti sampai,
mungkin bukan hari ini,
mungkin bukan minggu ini,
tapi satu hari nanti,
aku pasti..

Friday, February 25, 2011

Laungan

lelaki itu berdiri,
mata tajamnya melihat semua,
jauh di sudut hati ada perasaan membakar,
bukan marah bukan dukacita,
tetapi semangat cinta akan tanah ini,
gah semua kemajuan,
didorong oleh pembangunan,
terima kasih hati kecil dia berkata,
semua titik peluh orang tua itu akan dijaga,
pertahankan tanah ini ajaran tersemat di hati,
bukan tidak adil pada semua,
tetapi nasib bangsa adalah pendorong utama,
lelaki itu melaung,
kata-kata api pembangkit semangat jadi pendorong,
mengharap ekuiti bangsanya bertambah,
mengharap bangsanya terbela,
ini bukan perkara mudah,
cakap mulut dan madah sangat mudah,
tetapi usaha itu yang ingin diterjemah,
bukan omongan kosong yang ingin diketengah,
lelaki itu tidakkan berhenti melaung,
walau sesaat,
kerana perjuangan menegakkan bangsa tidak pernah berhenti tersemat...........