Tuesday, December 21, 2010

HEY KAWAN

hey kawan,
aku tak pernah lupa akan kau,
walau sehari,
aku tak dapat bayangkan betapa sempurnanya hidup,
kalau kau masih boleh tertawa hari ini,
walaupun hanya sekejap,
sumpah aku takkan lupa,
bergosip bersama,
baca 'budak getah' bersama,
main PS2 bersama,
bagi ku engkaulah insan terbaik,
kawan yang selalu ada,
kawan yang selalu membina,
kau tegur aku tika aku silap,
kau bimbing aku bila aku jatuh,
kini kau tiada,
aku rindu kau wahai sahabat,
aku rindu kau wahai teman,
impian kita bersama takkan pernah padam,
aku seorang setelah kau pergi,
tiada berteman,
tiada berkawan,
memori indah kita kekal di ingatan,
sampai lanjut akan ku ingatmu kawan,
kau lah teman abadi,
pemergianmu buat ku tidak pernah berhenti bersedih,
hari ini hari lahir kau,
walaupun sudah 4 tahun kau tiada,
hati ku tetap berkata,
kau tetap ada,
selamat hari lahir kawan..kau tetap teman ku,
tunggu aku kawan,
kerana aku rindu kamu....


SELAMAT HARI LAHIR ALLAHYARHAM NIK AZWAN SHAH NIK MOKHTAR

No comments:

Post a Comment