Thursday, December 23, 2010

HATI INI MAAFKAN KAMU

marah ku sumpah gila,
tapi sejuk ku datang tiba,
kerana diri ini tidak sempurna,
syaitan selubung diriku,
kelamkan hatiku,
tetapi sinar kemaafan itu hadir,
bila rasional datang menjelma,
tiada hak untukku salahkan kamu,
itu keputusan dirimu,
ku hanya harapkan yang terbaik,
kerana pernah ku kata dahulu,
yang penting bagiku hanya kebahagiaan mu,
api itu kini reda,
telah ku lama bersujud,
lalu Yang Esa beri petunjuk,
api itu kini tiada,
bila rindu itu datang menerpa,
ketawa aku melihat bodohku,
alpa aku kerana amarah,
lalu bangun aku dari selubung ini,
dan ikhlas dari fikiranku berkata,
hati ini maafkan kamu....

Tuesday, December 21, 2010

HEY KAWAN

hey kawan,
aku tak pernah lupa akan kau,
walau sehari,
aku tak dapat bayangkan betapa sempurnanya hidup,
kalau kau masih boleh tertawa hari ini,
walaupun hanya sekejap,
sumpah aku takkan lupa,
bergosip bersama,
baca 'budak getah' bersama,
main PS2 bersama,
bagi ku engkaulah insan terbaik,
kawan yang selalu ada,
kawan yang selalu membina,
kau tegur aku tika aku silap,
kau bimbing aku bila aku jatuh,
kini kau tiada,
aku rindu kau wahai sahabat,
aku rindu kau wahai teman,
impian kita bersama takkan pernah padam,
aku seorang setelah kau pergi,
tiada berteman,
tiada berkawan,
memori indah kita kekal di ingatan,
sampai lanjut akan ku ingatmu kawan,
kau lah teman abadi,
pemergianmu buat ku tidak pernah berhenti bersedih,
hari ini hari lahir kau,
walaupun sudah 4 tahun kau tiada,
hati ku tetap berkata,
kau tetap ada,
selamat hari lahir kawan..kau tetap teman ku,
tunggu aku kawan,
kerana aku rindu kamu....


SELAMAT HARI LAHIR ALLAHYARHAM NIK AZWAN SHAH NIK MOKHTAR

melihat langit

melihat langit,
menunggu kau jatuh,
di atas ribaku,
menjadi penawar,
dukaku...
menatap bulan,
bertanya kenapa,
dia seorang,
tiada berteman,
untuk bual...
jadi aku ingin,
melihat kau,
hadir,
tak ingin aku,
menjadi,
seperti bulan...
kau datang bersama,
cahaya,
terangi gelap,
duka nestapa,
kau bintang,
temani aku,
untuk selamanya,
bersamaku....

jadi aku ingin,
melihat kau,
hadir,
tak ingin aku,
menjadi,
seperti bulan...
kau datang bersama,
cahaya,
terangi gelap,
duka nestapa,
kau bintang,
temani aku,
untuk selamanya,
bersamaku....

YAKIN YANG ULUNG

sampai masa menuju,
melihat ke depan,
sinar menanti penuh harapan,
angan menjadi realiti,
impian berubah baru,
yakin dengan amal,
ceria mendatang di kalbu,
hijau hati melihat langit,
walau kelabu datang pasti akan mungkir,
depan aku tuju,
belakang takkan ku lihat,
malam yang sejuk walaupun datang tanpa henti,
teguh diriku dilontar seribu kali,
haram pasti tidak ku jatuh,
seperti langit tidak berpenghujung,
dilema datang tanpa henti,
tepis aku takkan berhenti,
datang dengan sejuta impian,
kembali dengan sejuta kemenangan,
sinar baru nan menjelma,
diriku baru kan tolak semua bala menimpa,
hidup ku takkan berubah,
asal tumpuan akalku tidak berubah..........

Wednesday, December 8, 2010

detik menunggumu

aku disini,
senantiasa menanti,
kata setujumu,
untuk hidup disini bersamaku,
angin yang datang tanpa sebarang utusan,
buat aku resah dalam tenang,
buat aku sedih dalam gembira,
buat aku diam dalam ketawa,
ibarat diri ini kosong,
melalui lohong dalam duka,
tapi aku tetap disini,
sentiasa berdiri,
menunggu setujumu,
menunggu keputusanmu,
menunggu persetujuanmu,
biarlah hari hari mendatang gelap hitam,
diri ini tanpa cahaya,
tawaku kurang kerana hati menunggu kata,
walaupun apa yang berlaku,
ku tetap disini menunggu mu,
dan
ku tetap disini menunggu kata putusmu....