Friday, February 25, 2011

Laungan

lelaki itu berdiri,
mata tajamnya melihat semua,
jauh di sudut hati ada perasaan membakar,
bukan marah bukan dukacita,
tetapi semangat cinta akan tanah ini,
gah semua kemajuan,
didorong oleh pembangunan,
terima kasih hati kecil dia berkata,
semua titik peluh orang tua itu akan dijaga,
pertahankan tanah ini ajaran tersemat di hati,
bukan tidak adil pada semua,
tetapi nasib bangsa adalah pendorong utama,
lelaki itu melaung,
kata-kata api pembangkit semangat jadi pendorong,
mengharap ekuiti bangsanya bertambah,
mengharap bangsanya terbela,
ini bukan perkara mudah,
cakap mulut dan madah sangat mudah,
tetapi usaha itu yang ingin diterjemah,
bukan omongan kosong yang ingin diketengah,
lelaki itu tidakkan berhenti melaung,
walau sesaat,
kerana perjuangan menegakkan bangsa tidak pernah berhenti tersemat...........

Tuesday, February 22, 2011

hati kau sukar untuk difahami,
perasaan kau sukar untuk dijelaskan,
aku berdiri dalam gelap,
cuba untuk terangi situasi,
apa yang menghalang kau?
dari untuk meluah kata,
suluhlah diri aku dengan penjelasan,
tenangilah aku dengan keikhlasan,
sesungguhnya saat ini yang aku tunggu,
melihat kau disisi aku,
harapkan masa depan itu indah,
tetapi diriku tetap sedia dengan apa jua musibah,
dan ucapan terima kasih seikhlas hati aku ucapkan,
walau aku tetap sabar mencari cahaya di dalam kegelapan.....